Tuesday, December 28, 2010

KEPALA KONKRIT !!!!

Salam kasih sayang abg chick ucapkan…. Harini abg chick nak kongsi sesuatu yang pelik sikit … “TENTANG KEPALA KONKRIT” … pelik2 jek kan…. Ermmm lama jugak x buka internet ni…. Hehehe abg chick ngah cuti sekolah ni hahaha…. Macam budak sekolah plak… hehehehe erm cuti ni ade jugak lah buat keje2 yang berfaedah…. Pendek kata kalau tayar kereta kene cat…. Memang penuh lah jalan daerah kota ngan johor ni dengan dengan tapak tayar kereta abg chick.. hahaha…tapi letihnye time jalan jem adeyyy….. jalan  daerah kota –johor bharu memang slalu jem sebab proses menaik taraf jalan sedang dijalankan…. Dah siap nanti senang lah sikit kan…


Jalanraya sebahagiannya memang dah siap lah… tapi masih belum dibuka untuk orang ramai…. Eh tapi apa kaitan kepala konkrit dengan jalan raya kan… mesti korang terfikir orang tunggang motor tanpa helmet kan.??? Hahaha … tapi ni lebih kurang jugak lah.. ada kaitan dengan jalan raya tadi jugak….

Jalan yang dah siap tadi telah ditutup sementara dengan penghadang jalan yang plastik merah dan putih tu tapi yang jadi “KERAS KEPALA”nye penduduk  boleh alihkan penghalang jalan tu untuk kepentingan sendiri nak lalu jalan tu supaya elak jalan jem…. Hahahahaha , manusia2 macam ni pun ada….

 Lepas tu pemaju letak penghalang jalan yang batu pulak kuning dan hitam tu… berat jugak kalu nak alihkan tu….. tapi ni dah naik taraf sikit…. KEPALA BATU….. WAKAKAKA … sebab penghalang batu tu deorang alihkan sesame deorang…. Wakakakaka yang bagusnya semangan kerjasama ada… semangat satu Malaysia lah katakan.. wakakaka


Yang tahap ketiga pemaju meletakkan penghadang jalan batu hitam kuning tu dengan menimbus tanah skali….. dalam hati abg chick tergelak sambil terdetik  motorcross jek lah boleh lepas… sebab tepi jalan tu ada parit air….  Tapi yang jadi hairan dan ajaibnya… boleh plak deorang ambil penghadang jalan plastik yang putih merah tu letak kat parit tu…. Wakakakakakaa gelak besar….. walaupun jalan dah ditutup dan ditimbus tanah still boleh lalu lagi dengan melalui tepi jalan wakakakakaka….. dah tutup tu faham2 jek lah kan …. Seboleh2 jugak deorang nak lalu jalan tu….. padahal lebih kurang jek lalu dengan jalan biasa…. Hahahahahaha .. inilah yang dinamakan “KEPALA KONKRIT….!!!!!”


Haishhh… sabar jeklah…. Agak2nya lepas ni pemaju letak apa plak ye… sepatutnya penduduk ni kene lah fikir kepentingan bersama… jangan lah memikir kepentingan sendiri.. ni dah menyusahkan pemaju plak untuk memikirkan cara menutup jalan tu… the moral of story blaja lah untuk bersabar… kita sendiri akan mendapat kelebihan bersabar ni.. hehehehe…. Selamat mencuba  ya… hahahaha

Udah dulu ya… daaaa~~~~~

Wednesday, December 22, 2010

sedappppnyeeee cekelat...............

sedapnyeeeee cekelat.... hehehehehe
abg chik bru lepas sarapan tadi... then bila buka page abg chick yang baru ni tetibe jek terfikir pasal cokelat... 

abg chick pun buka lag google taip cekelat,,,,,,,

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, uuuuuuuuuuu edapnyeeeeeeeeeeeee........
pastu tengok2........ perhhhh terasa macam nak mam cekelat plak..... xpe2 jap agi nak balik umah singgap kedai beli cekelat..... ish3... mesti edap kan.... hehehehehehe
teringat plak abg kepada abg chick bila sebut "edap eeeee " nama panggilan abg kepada abg chick ni "bull".... die lah satu2nya abg yang aku sayang.............. kalu die tau mesti die bangga...... 
die selalu cakap... " uhhhhhhhhhhhhhhhhh edapppp eeeee'''''''' "

BULLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL AKUUUUUUUUUU SAYANNGGGGGG KOOOO!!!!!!!

hahahahahahahahaha... tergedik plak pagi2 ni...... berbalik kat cekelat tadi...


ade orang kata cekelat ni menggemukkan??? yeke.... xdelah jugak kan.... cekelat ni xdelah yang mnggemukkan.... yang menggemukkan adalah
cara pemakanan kita.... so kalu pemakanan kita jaga xkan jadi gemok punyeeee... abg chick ni hah gemok... tapi xdelah disebabkan cokelat .. tapi cara pemakanan abg chick... hahahahaha
ape2pun.... balik ni aku pasti dapatkan cekelat..... hahahahahaha


UUUUUUUHHHHHHHHHH~~~~~~ edappppppp eeeeeee''''''''''' ~~~~~~~~

( Nak sebut dengan cara yang betul ye.... kene sengau2 sikit.......)


udah dulu ya.................

 

Tuesday, December 14, 2010

MASALAH ORANG REZEKI KITA....



asSalamualaikum…. Amacam, cantik tak background abg chick yang baru… ?? tetibe jek ade idea… hehehehe….. abg chick cuti ni ade jugalah wat keje sambilan ni bz jugak lah tapi ada masa jugak lah lepak2 kat umah, sambil-sambil termenung tetiba jek terfikir macam nak buka ruangan perkongsian.. erm, abg chick suka berkongsi-kongsi ni , bukan ape sebab abg chick suka mengkaji dan memahami masalah- masalah dan jugak cara hidup manusia.bukan ape Abg chick kan ambil kursus kaunseling so abg chick mula terfikir untuk menambah dan melatih kemahiran dalam perhidmatan ni… semakin banyak latihan semakin mahirlah dalam memberi perkhidmatan. untuk orang ramai jugak lah. mudah-mudahan ALLAH bantu dalam memberi perkhidmatan ini kepada orang ramai.



              Abg chick keje sambilan kat syarikat vision meps consultant sdn bhd. Keje wat program motivasi.. boss ni bagus jugaklah..banyak kongsi tentang ilmu kehidupan ni.. antara ayat yang die selalu cakap ialah: 

“MASALAH ORANG ADALAH REZEKI KITA”…
Ayat ni macam bagus jugak lah… ayat ni wat abg chick terfikir-fikir jugak lah… pendek kata buat kite terbuka fikiran , tapi ayat ni sebenarnya sesuai untuk orang yang dah berkerja. Mesti korang xpaham maksud ayat ni kan.. actually ayat ni merupakan satu motivasi untuk kita faham supaya setiap masalah orang mesti ada kebaikkan kepada orang lain..
Contoh dalam perniagaan:
kenapa ada kedai mengganti tayar? Kerana masalah orang tidak pandai tukar tayar.
Kenapa ada kedai makan ? sebab ada masalah orang xcukup masa nak masak.
kenapa ada kedai fotostate? SEBAB RAMAI STUDENT MALAS BUAT NOTA.. HAHAHAHA
berbalik dengan cerita awal abg chick tadi.. so kalu korang ada masalah yang nak kongsi cerita jek lah kat abg chick ye… jangan risau… cerita anda adalah private and confidential… korang berhak dakwa abg chick kalu abg chick menyampaikan kepada orang lain…. Hehehehe amacam brani x abg chick berjanji? Hehehehe so maksudnya abg chick yakin bahawa abg chick ni emamng boleh dipercayai…. Heheheheehe erm ok lah xnak lah ngarut panjang-panjang.. bosan plak nanti baca panjang2… hehehehe udah dulu ya,,,, daaaaaa~~~~~

Sunday, December 12, 2010

bersyukur dengan apa yang ada.....

assalamualaikum.. harini nak post yang santai sikit.. abg chik penat baru balik dari program bina pasukan anjuran jabatan ******** negara malaysia negeri johor. program tu buat kat felcra tebing tinggi kat segamat... balik kota abg chik drive lah kan ganti2 ngan kawan... tapi dalam perjalanan balik tu teringat jek aktiviti sepanjang program...

ape?? penat kene denda?? ermm xdelah abg chik yang denda orang adelah.. abg chik jadi fasilitator dalam program tu.. tapi tengok sesetengah pekerja kerajaan ni macam xpandai bersyukur!!!!!!!!!!! ( nampak macam marah x?.. hehehe ) xdelahkan bukan ape.. program tu namanye bina pasukan tapi penceramah ni banyak jugak lah kongsi pasal ilmu kehidupan.. tapi deorang xpuashati lah kan... nama program bina pasukan , kenapa buat macam program kecemerlangan pekerja plak???

moral of the story( alamak orang putih lah plak..) deorang xleh terima bila penceramah banyak kongsi pasal agama?? agak2nya mana iman deorang ya? sepatutnya kita bangga dan menunjukkan minat apabila orang berkongsi ilmu agama tapi ni x... xleh terima.... moga2 ALLAH bukakan lah hati2 mereka semua....

deorang lupa rezeki semua tu datang dari ALLAH..... deorang siap pertikaikan lagi " penceramah sepatutnya mengkaji latar belakang peserta dan penceramah perlu banyak study lagi" yang ni komen deorang..macam nak gelak pun ade.... deorang pk kerja deorang tu dah besar sangat agaknye.... sekali ALLAH tarik nikmat deorang semua HAH!!! BARU KO TAU LANGIT TINGGI KE RENDAH... ALLAH PALING BERKUASA!! tapi xpelahkan biasalah kerja ke jalan ALLAH ni memang banyak dugaannya... semua kerja nak kipas jek... nak naik pangkat cepat lah katakan... tapi bila xsuke deorang pulau lah dengki lah... macam2lah...

ni satu lagi bab yang best... yang peliknya setiap kali perbentanggan asyik fikir yang kuning jek.... masalah ni semakin berleluasa... nak tau x nama kumpulan mereka 1) "main laju laju "
2) kepit
agak2 korang ape yang korang pk kalu deorang asyik sebut jek bende ni???? adakah semua pekerja kerajaan sama macam ni??? alamatnya rosak lah negara bila dijajah dengan seks ni....
ni maksudnya orang yahudi dah berjaya menguasai minda rakyat malaysia....

APABILA MANUSIA LUPA UNTUK BERSYUKUR MAKA SESATLAH MANUSIA ITU... syaitan sudah berjaya menguasai manusia itu....

so ape yang nak abg chik kongsi kat sini.. sentiasalah bersyukur kepada ALLAH... kerana hanya ALLAH sahaja yang berhak disembah... "bila ALLAH berkehendakkan sesuatu jadi maka jadilah..." banyak2lah berdoa dengan ALLAH.. biar rezeki itu sikit tapi cukup... banyak pun habis....

pilunya~~~~~~ bila lah semua ni akan berakhir??

abg chik banyak lagi nak cerita sebenarnye.. tapi penat plak... nanti lah abg chick tapi yang best2 sikit lah ek... sekian dulu lah ek..renungkanlah...

wasalam..

Wednesday, December 8, 2010

JOM FAHAMI HIJRAH...............

Hijrah berasal daripada kalimah Arab yang memberi makna berpindah dari satu daerah ke satu daerah lain. Hijrah boleh ditafsirkan sebagai satu perubahan lokasi secara zahir dari titik A menuju ke titik B. ia juga boleh menjelaskan perpindahan bersifat kejiwaan, rohani atau apa-apa jua situasi yang lebih abstrak daripada itu. Apa yang penting, unsur yang perlu ada dalam amalan berhijrah ialah berlakunya perubahan kedudukan berbanding dengan tempat atau keadaannya yang asal sama ada secara ruhi ataupun jasadi. Bagi masyarakat kita, perkataan hijrah telah sebati dan diterima pakai dengan pengertian yang mendalam oleh segenap lapisan masyarakat.
Di dalam lipatan sejarah, Allah s.w.t. telah mentakdirkan satu peristiwa hijrah besar dan agung berlaku 1420 tahun lalu melibatkan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta para sahabat r.a. dari kota Mekah menuju ke Madinah al-Munawwarah. Sebelum hijrah besar-besaran ini, telah berlaku satu penghijrahan kecil melibatkan para sahabat r.a. dari Mekah ke Habsyah.
Sebenarnya hijrah tidak mungkin terjadi tanpa apa-apa sebab yang mendesak. Jika dilihat pada hari ini, orang berhjrah dari kampung ke kota kerana desakan menuntut ilmu, mencari kejra, berkahwin, berniaga, tekanan hidup, dan sebagainya. Dahulu orang-orang Portugis merantau jauh berhijrah ke Kepulauan Melayu kerana kononnya untuk mendapatkan rempah ratus. Namun sebenarnya matlamat di sebalik itu ialah untuk menjajah, membolot kekayaan dan meyebarkan dakyah Nasrani dan Yahudi.
Sesungguhnya hijrah amat perlu dalam kehidupan kita. Bermula sahaja kehidupan di muka bumi ini menuntut kita untuk berhijrah dan terus berhijrah dari satu tahap ke tahap yang seterusnya. Paling kurang sekadar untuk sesuap nasi sebagai usaha untuk hidup, apatah lagi dalam mencari kesenangan, keamanan, keadilan, kebahagiaan dan keselesaan.
Bagi para sahabat r.a. di Lembah Hijaz, hijrah dari Mekah menuju ke Madinah merupakan sesuatu yang amat berat yang perlu mereka tanggung. Hijrah mereka diburu dengan mata pedang, berlinangan air mata dan diiringi dengan korban nyawa. Hijrah yang bertujuan menyelamatkan akidah iman yang dianugerahkan kepada mereka. Bikan setakat itu, penghijrahan mereka juga kerana membawa risalah dakwah untuk saudara-saudara mereka di Madinah dan untuk generasi masa depan hingga sekarang.
Bayangkan betapa sukarnya untuk menerima kenyataan apabila status kewujudan mereka sebagai kumpulan minoriti Islam yang dilahirkan, dibesarkan, mempunyai kampung halaman, harta benda, ternakan, tanaman, perniagaan dan bertapak di situ sejak nenek moyang mereka, telah dinafikan sewenang-wenangnya oleh kafir Quraisy dalam sekelip mata sahaja.
Hanya kerana keimanan, mereka dihalau dari tanah tumpah darah mereka sendiri. Firman Allah Taala yang bermaksud: '…(iaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: ‘Tuhan kami hanyalah Allah’…' (Surah al-Hajj: 40)
Penghijrahan mereka dari bumi Mekah semata-mata kerana mencari keredhaan Allah. Ketulusan hati mereka ini telah dirakamkan oleh Allah Taala di dalam firman-Nya yang bermaksud: '…(Juga) bagi orang fakir yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (kerana) mencari kurniaan daripada Allah dan keredhaan-Nya dan mereka menolong Allah dan Rasul-Nya. Mereka itulah orang-orang yang benar.' (Surah al-Hasyr : 8)
Tindakan kejam kafir Quraisy ini dilakukan semata-mata kerana keramatnya ungkapan dua kalimah syahadah yang berjaya mengeluarkan kumpulan umat Islam pertama di kota Mekah daripada belenggu penyembahan berhala yang mereka cipta dengan tangan mereka sendiri. Slogan ini mampu menggegarkan keutuhan pembesar Quraisy yang sedang berkuasa pada masa itu.
Orang-orang kafir Quraisy sedar dengan tersebarnya agama Islam di bumi mereka, maka mereka tidak lagi bebas melakukan kezaliman, penipuan, amalan pemerasan kuasa ke atas kaum yang lemah, rasuah, zina, menjadikan wanita alat hiburan, meminum arak, berjudi dan segala macam maksiat yang dapat memuaskan hawa nafsu buas mereka. Mereka juga sedar dengan bangkitnya Islam, maka mereka tidak layak lagi menjadi pemimpin dan segala peluang untuk mereka membolot keuntungan dengan cara-cara yang menyeleweng tidak lagi ada. Bukan setakat itu, segala jenayah yang mereka lakukan sebelum dan ketika itu juga akan turut dibanteras dan kemungkinan akan menerima hukuman yang sewajarnya daripada pemerintahan Islam.
Oleh sebab itu, apabila Rsululah s.a.w melancarkan seruan dakwah secara terbuka dan terang-terangan, maka tindak balas segera secara berperingkat daripada musyrikin Quraisy juga turut bermula. Sejak itu maka pertentangan antara iman dan kufur pun berlangsung secara rasmi dan mula menyaksikan pelbagai bentuk penindasan, permusuhan dan perpecahan berlaku antara penduduk kota Mekah. Antara nama-nama yang paling kuat mengusahakan komplot menyakiti Rasulullah s.a.w. dan memecahbelahkan kaum muslimin ialah seperti Uqbah ibn Abi Mu’ait. Abu Jahal, Abu Lahab, Walid ibn al-Mughirah, Umayyah ibn Khalaf, Nadr ibn Harith dan Aswad ibn Abdul Yaghuth.
Sesungguhnya iman selama-lamanya tidak akan dapat bersama dengan kufur. Inilah sebabnya sejak daripada zaman Nabi Adam a.s. sehingga kini, titik pertemuan antara iman dan kufur tidak dapat disatukan. Sebaliknya iman yang ada pasti menundukkan segala bentuk tidak dapat disatukan. Sebaliknya iman yang ada pasti menundukkan segala bentuk kekufuran yang berleluasa dan menggugat keamanan orang-orang yang beriman. Di dalam al-Quran Allah Taala berfirman yang bermaksud: 'Katakanlah: ‘Hai orang-orang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyambah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agama kamu, dan untukku agamaku.' (Surah al-Kaafirun : 1-6).
Gelombang kebangkitan Islam di Mekah menjadi semakin bersemarak pada saat penentangan kuat kafir Quraisy yang semakin menjadi-jadi. Para pembesar Quraisy berusaha menimbulkan keraguan di dalam hati masyarakat Mekah dan memporakperandakan kesatuan kaum Muslimin dengan menjanjikan pelbagai ganjaran, pangkat, wanita serta harta termasuk kepada Muhammad s.a.w. dengan syarat menghentikan kerja-kerja dakwah mengajak manusia memeluk Islam.
Usaha-usaha untuk memecahbelahkan umat Islam dan menanam rasa curiga di kalangan mereka juga dirancang rapi oleh musuh-musuh Islam, mereka bimbang akibat kebangkitan Islam kelak, maka status quo mereka akan rasa tergugat lalu menjejaskan struktur sosio politik dan pertumbuhan ekonomi yang sedang menguntungkan mereka dan para penyokong mereka ketika itu.
Namun begitu, bagi umat Islam ketundukan dan ketaatan hanya untuk Allah dan Rasul-Nya sahaja. Bagi mereka tiada kompromi dengan kufur dan agama Islam yang mereka nikmati pada ketika itu amat selamat menjamin keamanan, kesejahteraan dan keadilan yang sejati.
Islam mengajak umat manusia hidup bersatu padu dan bersaudara serta menjauhi benci membenci, fitnah memfitnah, penganiayaan, kezaliman, noda dan maksiat serta penentangan terhadap syariat yang diturunkan menerusi Rasulullah s.a.w. Syarat utama yang perlu dipatuhi ialah berpaksi pada asas akidah yang teguh, akhlak yang tinggi serta melakukan amalan yang betul berlandaskan panduan al-Quran dan Sunnah.
Kemuncak penentangan terhadap dakwah Rasulullah s.a.w. ialah pakatan jahat untuk membunuh baginda yang berakhir dengan kepungan besar-besaran di rumah baginda pada malam berlakunya hijrah. Pada malam tersebutlah bermulanya perjalanan bersejarah Rasulullah menuju ke Madinah yang merupakan titika permulaan sinar Islam yang lebih gemilang.
Di dalam al-Quran, Allah Taala berfirman yang bermaksud: 'Dan orang-orang yang telah menpati kota Madinah dan telah beriman 9kaum Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (kaum Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang mereka berikan kepada mereka (orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.' (Surah al-Hasyr : 9).
Dalam masa yang sama, hijrah itu sebenarnya berlaku bukan kerana Nabi s.a.w. lari daripada masalah yang dihadapi atau takut kepada ancaman kafir Quraisy. Ini kerana ancaman orang-orang kafir itu tiada nilainya jika dibandinkan dengan kekuasaan Allah Taala yang Maha Besar dan mampu menentukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya. Namun demikian, di sebalik kesukaran berhijrah, sebenarnya ia memberikan erti dan pengajaran yang mendalam untuk dihayati oleh umat Islam.
Penghijrahan ke Madinah adalah kerana mencari kekuatan ummah dan menghindarkan daripada permusuhan yang sengaja diada-adakan demi kepentingan golongan tertentu di kalangan pemimpin Quraisy. Falsafah yang tersirat di sebalik hijrah amat banyak dan inilah yang sebenarnya yang memberikan kekuatan kepada umat Islam serta memastikan kelangsungan sebuah perjuangan menegakkan syariat Islam yang memerlukan wawasan dan perancangan yang teliti.
Bagi Rasulullah s.a.w., tugas dakwah bukanlah kerja mudah yang boleh diputuskan sama ada menang atau gagal dalam masa yang singkat. Emosi dan rasa hilang sabar sama sekali tidak mendatangkan keuntungan untuk perjuangan yang memakan masa yang paling panjang dan pengorbanan yang bukan sedikit. Oleh itu langkah berhijrah merupakan tindakan yang paling tepat dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sebelum kembali mengorak langkah dengan penuh terancang.
Setelah tiba di Madinah, tugas pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar. Baginda juga terus mengasaskan masjid yang pertama sebagai tempat ibadat iaitu tempat penyatuan hati umat Islam, penyebaran ilmu, bersyura dan juga sebagai syiar Islam. Seterusnya baginda menukar nama Yathrib kepada Madinah al-Munawwarah yang bermaksud bandar yang barcahaya dan memeterai piagam Madinah yang mengutamakan perpaduan ummah. Baginda juga berusaha menjalinkan hubungan dengan semua kabilah dan penduduk tempatan, mengatur strategi membasmi kemiskinan, memberi keutamaan kepada tarbiyah dan memperkuatkan sistem pertahanan keselamatan untuk semua.
Pendek kata, hijrah sebenarnya telah mengakhiri fasa pertama dakwah di Mekah yang melalui seribu satu cabaran yang amat sukar. Hijrah telah berjaya mengeluarkan umat Islam pertama daripada hidup bermusuhan dan perpecahan yang menyakitkan kepada kesatuan dan perpaduan ummah. Keadaan selesa inilah yang dimanfaatkan oleh Rasulullah s.a.w.. dan para sahabat r.a. untuk mempergiatkan usaha menyeru manusia kepada Islam sehingga akhirnya Islam tersebar ke seluruh pelosok dunia. Bermula daripada hijrah agung inilah, maka Islam terus berapak dan menuntut umatnya bersedia untuk berhijrah dan terus melaksanakan tuntutan hijrah secara berterusan pada setiap masa.

Monday, December 6, 2010

CINTA ALLAH CINTA SEBENAR....

SALAM kasih cinta ALLAH,kali IP bukan nak berjiwang cuma nak berkongsi dimanakah kita meletakkan cinta kita yang sebenar.ISLAM adalah agama yang hakiki dan realiti, bukannya agama khayalan atau melawan arus fitrah insan. Oleh yang demikian, Islam tidak menafikan terdapat di sana perkara-perkara yang dikasihi, disukai dan dicintai oleh manusia kerana ia sememangnya merupakan kecenderungan dan fitrah setiap insan. bezanya adalah dimanakah kita meletakkan cinta kita yang sebenar.
Apabila seseorang itu meletakkan cintanya lebih kepada dunia tidak kepada ALLAH dan rasul maka tidak sempurnalah imannya dan dia harus memperbetul dan meningkatkan imannya, IP ada terbaca satu ayat . Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:
Orang-orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah. (al- Baqarah: 165)
Dunia hari ini menyaksikan umat Islam tidak lagi menjulang cinta kepada Allah sebagai cinta yang utama, tidak lagi mahu bermujahadah mengejar cinta Khaliqnya. Sebaliknya, sentiasa bersemangat dan memperjuangkan cinta kepada dunia dan hamba-hamba dunia.
Saban waktu sang kekasih berusaha mengenali hati kekasihnya tetapi tidak pernah sesaat sang hamba berusaha mengenali Khaliq dan kekasihnya yang sepatutnya menjadi cinta awal dan akhirnya.
Menyebut cinta kepada Allah atau menyebut nama Allah terasa tawar dan hambar, tetapi menyebut cinta kepada manusia terasa sungguh bahagia dan menyeronokkan. Kenapa tragedi ini boleh berlaku, sedangkan Allah itu bersifat Maha Sempurna, manakala manusia bersifat dengan segala kekurangan.
Mencintai Allah tidak akan pernah ada erti kecewa atau dikhianati. Allah memiliki kemuncak segala kecantikan, keagungan dan kebaikan. Cinta kepada-Nya pasti dibalas dengan pelbagai curahan nikmat dan rahsia yang seni.
Pendek kata, akal yang singkat turut mengatakan, Allah paling layak dicintai kerana Dia memiliki segala ciri-ciri yang diingini oleh seorang kekasih.
Perkara paling pantas untuk menarik seseorang mencintai Allah ialah dengan merenung kemuliaan dan kemurahan Allah yang sentiasa mencurahkan segala nikmat-Nya pada setiap masa dan ketika, pada setiap hembusan nafas dan degupan jantung.IP ada terbaca satu ayat yang menarik.
Allah berfirman sebagai mengingatkan hamba-hambaNya dengan nikmat-nikmat ini:
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Nahl: 18).
Hanya dengan merenung sejenak, kita akan mendapati bahawa Allah adalah paling layak bagi setiap cinta dan pujian. Dia lebih utama untuk bertakhta di jiwa setiap insan daripada kecintaan kepada kedua ibu bapa, anak-anak dan diri sendiri yang berada di antara dua rongga.
Saban hari, kita memerlukan Allah untuk hidup dan menikmati segala kejadian-Nya; cahaya yang terang, nikmat siang dan malam dan sebagainya. Namun, kenapa masih tidak terkesan di hati kita menyaksikan limpahan nikmat dan ihsan-Nya, kekuasaan-Nya yang menghairankan orang-orang yang melihatnya, keagungan-Nya yang tidak mampu diungkapkan oleh orang-orang yang cuba mengungkapkannya, dan segala sifat keindahan dan kesempurnaan-Nya.

apakah tanda jika ALLAH mengasihi.
Ramai manusia yang mengaku mencintai Allah tetapi kebanyakan kata-kata mereka tidak melepasi kerongkong-kerongkong mereka. Cinta itu ada tandanya untuk dikenal pasti yang manakah cinta palsu dan yang manakah cinta yang hakiki.
Ketahuilah cinta itu seperti magnet yang akan menarik kekasih kepada kekasihnya. Orang yang mencintai seseorang akan suka bertemu dengan kekasihnya. Orang yang kasihkan Allah tidak merasa berat untuk bermusafir dari tanah airnya untuk tinggal bersama Kekasihnya menikmati nikmat pertemuan denganNya.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah suka bertemu dengannya.” Sebahagian salaf berkata: “Tidak ada suatu perkara yang lebih disukai Allah pada seseorang hamba selepas hamba tersebut suka untuk bertemu dengan-Nya daripada banyak sujud kepada-Nya, maka dia mendahulukan kesukaannya bertemu Allah dengan memperbanyakkan sujud kepada-Nya.”
Sufyan al Thauri dan Bisyr al Hafi berkata: “Tidak membenci kematian melainkan orang yang ragu dengan tuhannya kerana kekasih itu pada setiap masa dan keadaan tidak membenci untuk bertemu dengan kekasihnya.
Allah SWT berfirman:
Maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar. (al-Baqarah: 94)
IP kadang kala terasa sayu apabila melihat keadaan didunia sekarang. ini bukan bermaksud IP nak menyatakan bahawa IP ni seorang yang baik, salah sama sekali . IP  hanyalah insan yang pernah melakukan kesilapan dan berusaha untuk mendapatkan cinta yang hakiki iaitu cinta ALLAH. sama-samalah kita renung-renungkan sejauh manakah kita meletakkan cinta kita kepada ALLAH dan sekuat manakan cinta kita kepada ALLAH. sama-samalah kita berdoa untuk diri dan kebaikian orang lain semoga doa-doa yang kita rayu itu mendapat perhatian dan simpati dari ALLAH. amin.....

Saturday, December 4, 2010

IP vs AH !!!!

hahahaha.............. amacam AH??? episod kita bermula.... wakakaka........
apakah yang mampu dilakukan oleh AH.... sama2 kita saksikan..... hehehe

Friday, December 3, 2010

MENGENALI DIRI

SALAM PUJANGGA.. cewah .. ini kire tradmark aku lah kan..... nama pun ILHAM PUJANGGA ,, nak pendekkan sikit lah .. ermmm ape ek ?  erm aku ambik hurup depan jek lah... IP erm ok x ? ni aku tiru kawan aku lah ADAM HAFIZ = AH..... hehehehehe  so aku plak IP... so nampak macam hero hongkong lah sikit kan.... jangan tengok lama2 pic sebelah ni.. kang termimpi2 plak.... huhuhu gambar sebelah ni sekadar hiasan jek lah.. nampak macam cantik sikit kan... 

IP nak share sikit lah ..tajuk jek pun dah bawak maksud mengenal diri... so IP nak kongsi2lah kan ape2 yang patut... sebelum IP cerita lebih lanjut , IP nak cerita sikit lahkan betapa perlunya kita mengenali diri sendiri ni... korang dah kenal ke diri korang sendiri??? IP insyALLAH sudah mula memahami diri sendiri.. susah jugak kalu kite xkenal diri kita sendiri kan? bila kita dah kenal diri kita sendiri insyALLAH segala kerja dan urusan kita akan menjadi mudah kerana kita faham dan kita kenal diri kita sendiri.. bukan ape... sebenarnya bende2 macam ni leh wat kita elak dari tekanan.... so bila xde tekanan kita rasa hepylah kan.... banyak kelebihan bila kita dah faham ngan diri ni.. kita akan jadi yakin ,,, bersemangat.... sentiasa berfikiran positif... erm ape lagi ekk? macam2 lah.... 

Ehhhhhh ... IP ni cakap macam bagus jek kan.... actualy IP cuma nak practis jek apa yang IP blaja....IP ni ambik kaunseling.... so banyak perkara yang IP leh kongsi ngan orang ramai ni..... kalu korang2 semua ada masalah leh jek kongsi ngan IP.... insyALLAH boleh dipercayai,,,,,, tapi korang kene faham lah ye tugas kaunselor macam IP ni....... hehehehehe andai kata nak tahu pasa IP ni komen2 lah ek... IP ok jek... anggap jek lah kita semua dah lama kawan.... tapi yakin tu yang penting ... ok lah nak cerita panjang2 korang xlarat plak nak baca... IP gerak dulu... salam pujangga.....

Thursday, December 2, 2010

ni pic aku masa kecik2.... perkataan comel memang dah selari apa bila seseorang itu melihat pic ni.... perhhhh.... perasan jugak aku ni..... tapi kalu tengok pic ni... xmenyangka plak leh jadi macam sekarang ni.... tapi memang dah ketentuan kot.... ape2 pun ucaplah ALHAMDULILLAH...... aku ni hidup macam budak lain jugak lah.... ade jugak lah zaman kanak-kanak aku.... tapi xdelah macam kanak-kanak yang lain... sebab aku ni hidup sederhana jek lah.. ada orang kata anak bongsu mintak ape semuanya dapat... tapi  aku xdelah macam tu... mintak yang murah2 jek dapat..... yang mahal2 tu jangan haraplah... tengok jek boleh.... ermm aku nak cerita panjang .. tapi aku rasa lagi seronok kalu aku tulis ikut step kan.... baru lah ade dramatik sikit.... ape2 pun aku mintak maaf lah banyak2 eh.... sebab aku guna bahasa rojak jek..... taippun ikut suke jek.... xpelah orang kata baru berjinak2... kire oklah kan............ ok lah aku harap korang follow lah ek......

ilham pujangga

salammmm.........ini blog bru direka........ aku xberapa pandai lagi dengan blog ni.... tapi baru nak belajar2 lah kan.... dulu aku memang xpandang blog ni... tapi semenjak ade buah hati ni.... banyak plak idea datang untuk mengilhamkkan sesuatu.... kira nama ilham pujangga ni akunye nama pena lah..... ermmmm ape2pun aku ajan cerita dab berkongsi dengan lebih lanjut lah kan.......... banyak yang aku dah fikirkan ni,,..... hehehe.. ape2 pun follow lah ek.....